最新 育才新闻

本校高二高三同学参加“书写国文作文工作坊”

Bengkel Menulis Karangan Bahasa Malaysia

202495日发布

Pihak seko­lah telah men­gadakan “Bengkel Menulis Karangan Bahasa Malaysia” anju­ran Jabatan Bahasa Malaysia seko­lah pada hari ini (5 Sep­tem­ber). Semua pela­jar S2 dan S3 meng­hadiri bengkel tersebut.

Pen­gan­jur telah men­jem­put Puan Chew Wai Keng seba­gai pence­ramah untuk bengkel ini. Puan Chew meru­pakan Guru Kanan Teknik dan Voka­sional di SMK Pengkalan dan mem­pun­yai pen­gala­man men­ga­jar selama 18 tahun.

Dalam bengkel ini, Puan Chew telah berkongsi den­gan para pela­jar men­ge­nai cara dan teknik dalam menulis karangan dari pen­dahu­luan hingga penutup, cara mem­bina ayat den­gan teknik SKOP, roda fokus Bahasa Melayu dan pen­gala­man beliau dalam menye­lami kertas-​kertas ujian SPM dan UEC.

Peno­long Kanan Encik Lau Kok Weng dan Ketua Baha­gian Akademik Puan Woo Lai Chan meng­ha­di­ahi cen­der­a­hati kepada Puan Chew atas kesu­dian beliau melu­angkan masa untuk meng­hadiri bengkel ini.

本校马来文科小组今天(95日)为全体高中二和高中三的同学举办一场“书写国文作文”的工作坊,邀请到来自 SMK Pengkalan 的赵慧琼老师到来主讲。赵老师在工作坊中向同学们讲解书写国文作文的技巧及应对马来西亚教育文凭SPM和统一考试UEC的方式。

刘国荣副校长和教务主任胡丽珍老师赠送果篮和锦旗予赵老师,感谢赵老师抽空到来分享。